Saturday, May 18, 2013

KESYUKURAN


"TAKBIR"

Jamuan Kesyukuran Jentera-Jentera Pilihanraya.
Tahniah kepada semua. Akhirnya berjaya mengambil kemenangan
buat pertama kali DUN MORIB (N53) selepas 55 tahun
dan KUALA LANGAT (P112) untuk penggal kedua.






Tuesday, May 7, 2013

TAZKIRAH


KISAH NABI MUHAMMAD SEBELUM AJAL


Betapa mulia dan indahnya akhlak baginda Ya Rasulullah SAW Mengingatkan kita sewaktu sakratul maut

'Pagi itu, Rasulullah dengan suara terbatas memberikan petuah,

"Wahai umatku, kita semua ada dalam kekuasaan Allah dan cinta kasih-Nya. Maka taati dan bertakwalah kepada-Nya. Kuwariskan dua hal pada kalian, sunnah dan Al Qur'an. Barang siapa mencintai sunnahku, berati mencintai aku dan kelak orang-orang yang mencintaiku, akan bersama-sama masuk surga bersama aku".

Khutbah singkat itu diakhiri dengan pandangan mata Rasulullah yang teduh menatap sahabatnya satu persatu.

Abu Bakar menatap mata itu dengan berkaca-kaca, Umar dadanya naik turun menahan napas dan tangisnya. Ustman menghela napas panjang dan Ali menundukkan kepalanya dalam-dalam. Isyarat itu telah datang, saatnya sudah tiba.

"Rasulullah akan meninggalkan kita semua," resah hati semua sahabat kala itu.

Manusia tercinta itu, hampir usai menunaikan tugasnya di dunia. Tanda-tanda itu semakin kuat, tatkala Ali dan Fadhal dengan sigap menangkap Rasulullah yang limbung saat turun dari mimbar.
Saat itu, seluruh sahabat yang hadir di sana pasti akan menahan detik-detik berlalu, kalau bisa.

Matahari kian tinggi, tapi pintu Rasulullah masih tertutup. Sedang di dalamnya, Rasulullah sedang terbaring lemah dengan keningnya yang berkeringat dan membasahi pelepah kurma yang menjadi alas tidurnya.

Tiba-tiba dari luar pintu terdengar seorang yang berseru mengucapkan salam.

"Bolehkah saya masuk?" tanyanya. Tapi Fatimah tidak mengizinkannya masuk,

"Maafkanlah, ayahku sedang demam," kata Fatimah yang membalikkan badan dan menutup pintu.
Kemudian ia kembali menemani ayahnya yang ternyata sudah membuka mata dan bertanya pada Fatimah, "Siapakah itu wahai anakku?".

"Tak tahulah ayahku, orang sepertinya baru sekali ini aku melihatnya,"tutur Fatimah lembut.

Lalu, Rasulullah menatap puterinya itu dengan pandangan yang menggetarkan. Seolah-olah bahagian demi bahagian wajah anaknya itu hendak dikenang.

"Ketahuilah, dialah yang menghapuskan kenikmatan sementara, dialah yang memisahkan pertemuan di dunia. Dialah malaikatul maut," kata Rasulullah, Fatimah pun menahan ledakan tangisnya.
Malaikat maut datang menghampiri, tapi Rasulullah menanyakan kenapa Jibril tidak ikut bersama menyertainya. 

Kemudian dipanggillah Jibril yang sebelumnya sudah bersiap di atas langit dunia menyambut ruh kekasih Allah dan penghulu dunia ini. " Jibril, jelaskan apa hakku nanti di hadapan Allah?" Tanya Rasululllah dengan suara yang amat lemah.

"Pintu-pintu langit telah terbuka, para malaikat telah menanti rohmu. Semua surga terbuka lebar menanti kedatanganmu," kata Jibril.

Tapi itu ternyata tidak membuatkan Rasulullah lega, matanya masih penuh kecemasan.

"Engkau tidak senang mendengar khabar ini?" Tanya Jibril lagi.
"Khabarkan kepadaku bagaimana nasib umatku kelak?"

"Jangan khawatir, wahai Rasul Allah, aku pernah mendengar Allah berfirman kepadaku: Kuharamkan surga bagi siapa saja, kecuali umat Muhammad telah berada di dalamnya," kata Jibril.

Detik-detik semakin dekat, saatnya Izrail melakukan tugas. Perlahan ruh Rasulullah ditarik. Nampak seluruh tubuh Rasulullah bersimbah peluh, urat-urat lehernya menegang.

"Jibril, betapa sakit sakaratul maut ini." Perlahan Rasulullah mengaduh.

Fatimah terpejam, Ali yang di sampingnya menunduk semakin dalam dan Jibril memalingkan muka. 
"Jijikkah kau melihatku, hingga kau palingkan wajahmu Jibril?" Tanya Rasulullah pada Malaikat pengantar wahyu itu. 
"Siapakah yang sanggup, melihat kekasih Allah direnggut ajal," kata Jibril.

Sebentar kemudian terdengar Rasulullah mengaduh, karena sakit yang tidak tertahankan lagi.


"Ya Allah, dahsyat nian maut ini, timpakan saja semua siksa maut ini kepadaku, jangan pada umatku."

Badan Rasulullah mulai dingin, kaki dan dadanya sudah tidak bergerak lagi.

Bibirnya bergetar seakan hendak membisikkan sesuatu, Ali mendekatkan telinganya.

"Uushiikum bis-shalaati, wamaa malakat aimaanukum - peliharalah shalat dan peliharalah orang-orang lemah di antaramu."


Di luar, pintu tangis mulai terdengar bersahutan, sahabat saling berpelukan.

Fatimah menutupkan tangan di wajahnya, dan Ali kembali mendekatkan telinganya ke bibir Rasulullah yang mulai kebiruan. 

"Ummatii, ummatii, ummatiii!" -
"Umatku, umatku, umatku"
Dan, berakhirlah hidup manusia mulia yang memberi sinaran itu.

Kini, mampukah kita mencintai sepertinya? 
Allaahumma sholli 'alaa Muhammad wa'alaihi wasahbihi wasallim.

Betapa cintanya Rasulullah kepada kita.
Usah gelisah apabila dibenci manusia kerana masih banyak yang menyayangimu di dunia,

tapi gelisahlah apabila dibenci Allah kerana tiada lagi yang mengasihmu di akhirat kelak.





KISAH ANAK SINGA DAN KAMBING


Oleh: One_ In-Saffi

Bismillahirrahmanirrahim
Dengan nama Allah yang maha Pemurah lagi maha Pengasihani

Pernahkah kita mendengar cerita ini? ana yakin saudara semua tidak pernah mendengar cerita ini MELAINKAN saudara yang rajin membaca buku-buku Ilmiah yang datangnya dari pelbagai jenis dan sumber. Baiklah ana pn malas nak bermuqaddimah panjang-panjang sebabnye takut tak sempat siap cerita ini walaupun cerita ini dah diringkaskan daripada sumbernya yang asal. 

      Alkisah,terjadilah suatu kisah di mana seekor singa betina melahirkan anaknya. Singa betina itu kemudiannya mati akibat daripada kejadian itu. Lalu tinggallah anak singa ini seeekor yang masih lemah. Kemudian lalu beberapa gerombolan kambing di tempat singa tersebut. Maka anak singa tersebut cuba menggerakkan badannya yang masih lembut itu .Dengan tak semena-mena seekor kambing ternampak anak singa itu yang terkapar tanpa ibunya. Maka timbullah rasa kesian dan kasihnya kepada anak singa tersebut. Sang kambing pun pergilah mendekati anak singa tersebut dan membelainya dengan penuh kasih sayang. Si anak singa ini pun menjadi rapat kepada kambing tersebut dek kerana menganggap kambing itu ibunya.

     Jadilah anak singa itu sebahagian daripada keluarga kambing tersebut. Hari demi hari , tahun demi tahun, anak singa itu membesar menjadi agak dewasa. Selama itulah juga anak singa tersebut meminum susu dan memakan makanan yang dimakan oleh kambing hinggakan anak singa tersebut tidak tahu mengaum dan hanya tahu mengembik. Pelik bukan.

     Namun pada suatu hari,seekor serigala daripada dalam hutan keluar ingin mencari mangsanya. Lalu serigala tersebut terserempak dengan dengan kawanan kambing yang di dalamnya ada anak singa tersebut. Lantas induk kambing tersebut menyuruh anak singa tersebut berada dihadapan kerana badannya yang besar. Induknya juga mengarahkannya mengeluarkan ngauman singa untuk menakutkan serigala yang hendak menyerang mereka. Namun singa tersebut takut untuk bebuat demikian.

     Maka semua kambing pun berlari untuk mencari perlindungan. Dalam keadaan kelam kabut itu serigala mengambil kesempatan untuk menerkam induk kambing tadi, lalu anak singa ini pun memberanikan diri untuk melawan dengan serigala tersebut. Anaka singa itu terus menanduk dan merodok serigala tersebut. Pada fikiran serigala tersebut dia akan mati dibunuh anak singa tersebut. Namun tiba-tiba anak singa tersebut beundur ke belakang dan mengembik yang menunjukkan dia juga takut kepada serigala tersebut.

    Serigala ini pun lantas berfikir bahawa yang menyerangnya bukanlah anak singa yang sebenar tetapi anak singa yang berfikiran seperti kambing. Lalu anak singa pun hendak meyerang serigala itu sekali lagi dan pada waktu ini serigala sudah bersiap sedia untuk menghadapinya. Apabila anak singa itu hendak menyerang serigala menngunakan helahnya dengan menendang anak singa terbabit. Maka rebahlah anak singa tersebut lalu serigala itu mencakar muka anak singa tersebut sehingga luka.

Tiba-tiba terdengar ngauman singa daripada dalam hutan, maka kambing-kambing lain pun berlari termasuk jugalah serigala tersebut. Melihat kejadian itu anak singa pun turut serta berlari mengikut kambing-kambing itu. Singa yang keluar daripada hutan itu pun kehairanan kerana sikap anak singa tersebut yang takutkan dirinya. Padahal mereka adalah spesis yang sama.

     Singa itu pun memanggil anak singa tersebut namun anak singa yang takut terus melarikan diri dengan kawanan kambing. Singa tersebut mengejar anak singa itu dan akhirnya anak singa itu tertangkap. Lalu berkatalah anak singa tersebut "janganlah kau membunuh aku" sang singa pun hairan. Dia menjawab "aku tidak akan membunuh bangsa aku sendiri, kitakan serupa". Anak singa pun berkata "aku tidak mengerti, tolonglah aku". Sang Singa itu pun berkata"baiklah, aku akan terangkan, mari ikut aku". anak singa itu pun mengikut singa tersebut tanpa membuang masa dan tanpa banyak bicara. 

     Kemudian mereka tiba di sebuah tasik di dalam hutan .Di situ singa tersebut menunjukkan mukanya ke muka air dan juga menyuruh anak singa berbuat begitu. Anak singa ini terkejit apabila didapati rupanya sama dengan muka singa tersebut. Dia pun bertanya "siapakah aku sebenarnya?". Lalu jawab singa itu"kau adalah seekor singa sama macam aku juga". Kemudiannya anak singa baru tersedar bahawa dia adalah singa. Lalu singa tersebut mengaum diikuti dengan anak singa itu juga mengaum. Tidak jauh dari tempat itu serigala yang tadinya mahu membunuh anak singa tersebut terdiam ketakutan mendengar ngauman anak singa tersebut.

      Anak singa tersebut dengan bangga berkata "aku adalah singa, raja di rimba". Begitulah cerita antara sang singa dengan sang kambing. yang dapat disimpulkan di sini adalah watak anak singa tersebut adalah kita. Kita sebenarnya masih tidak tahu kemampuan kita untuk mencapai kecemerlangan sama di dunia dan juga di akhirat. Kita juga tidak mampu melawan musuh walaupun kita sebenarnya lebih kuat daripada mereka oleh kerana kejahilan kita sendiri. Manakala watak serigala pula malambangkan musuh kita yakni orang kufar. Mereka ini walaupun sedikit tetapi mereka pandai menggunakan kesempatan ke atas kita dengan sedikit kibijaksaan yang dikurniakan kepada mereka berbanding kita. Singa yang besar pula boleh dikatakan Ilmu samada ilmu, dan amal kita. Dengan mempelajari ilmu kita akan mengetahui potensi kita yang sebenar dan tugas kita di muka bumi Allah ini.

     Segala yang buruk datang daripada diri ana sendiri dan segala yang abaik itu datangnya daripada Allah namun pada hakikatnya semuanya atas kekuasaan-Nya.  

SEKITAR KAWASAN










Monday, May 6, 2013

LOKASI & RINGKASAN

https://maps.google.com/maps?q=kampung+sawah+banting&ll=2.864092,101.451702&spn=0.03549,0.067806&hnear=Kampung+Sawah,+Banting,+Selangor,+Malaysia&t=m&z=14&source=gplus-ogsb

Menurut cerita yang disampaikan secara lisan oleh orang-orang terdahulu, kawasan Banting ini dahulunya adalah merupakan sebuah hamparan tanah sawah yang sering digenangi air dan dipanggil tanah paya atau lembah. Petani pada masa itu menggunakan bajak atau tenggala yang diheret oleh “banteng” iaitu sejenis kerbau yang memiliki kekuatan tenaga dan garang. Bermula dari nama kerbau itulah kawasan ini diberi nama Banting.
Bandar Banting terletak di negeri Selangor Darul Ehsan pada kedudukan 2.8' Utara dan 101.6' Timur. Ia merupakan bandar pentadbiran bagi Daerah Kuala Langat.

Banting terletak di tepi Sungai Langat. Terdapat rangkaian jalan raya yang baik dari Bandar Klang, Banting dan Port Dickson, Negeri Sembilan. Perkhidmatan awam seperti bas dan teksi menyambungkan lokasi seperti Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan Putrajaya, Bandar DiRaja Klang dan Bandaraya Kuala Lumpur.

Jumlah penduduk banting adalah sebanyak 48,240 orang. Bandar Banting pesat membangun kerana limpahan pembangunan dari pembukaan Pusat Pentadbiran Kerajaan Putrajaya dan Lapangan Terbang KLIA.

Bandar Banting juga mempunyai tinggalan sejarah yang tersendiri seperti yang terdapat di Pekan Jugra, kira-kira 20 kilometer dari Bandar Banting. Antara tinggalan sejarah di sini ialah Istana Bandar, Masjid Alauddin, Rumah Api Jugra, Makam Sultan Abdul Samad., Pantai Morib dan terbaru Pantai Kelanang. Jugra merupakan kawasan yang pernah menjadi pusat pentadbiran Sultan Selangor suatu ketika dahulu. Kini, ia menjadi tumpuan para pelancong dalam dan luar negeri.
sumber dari: wikipedia

Kampung & Taman Perumahan[sunting]

GPS Coordinate (Approximate)


Latitude : 2.8668745000
Longitude : 101.4594696000


Location and Map




Map

Map data ©2013 Google, MapIT - Terms of Use
2 km
2 mi



KAMPUNG SAWAH
 Pemandangan Kampung Sawah dari udara

Masjid Al-Islah Kampung Sawah merupakan mercu tanda setempat.
 Terletak di laluan utama Banting-Kelang melalui Pulau Carey




P.S. 
Untuk sebarang ulasan, pertanyaan, penambahan atau apa saja berkenaan "KAMPUNGSAWAHKU",
sila email kan ulasan anda ke "kampungsawahku@gmail.com" - unit it/av